Program Motivasi Peserta E-Kelas
11 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Selasa, 10 Mei 2016 – Satu program Ceramah Motivasi telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Linggi khas untuk peserta-peserta yang mengikuti tuisyen e-Kelas di sini.
Program ini dikendalikan oleh petugas bahagian Funzone dari Maxis dengan kehadiran istimewa ialah guru tuisyen online iaitu Cikgu Kavitha.
Ceramah Motivasi ini diadakan bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar e-kelas sebelum menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah :
- Sesi berkenalan dan perkongsian harapan pelajar-pelajar.
- Klik Dengan Bijak
- Sembang santai sambil berkenalan secara bersemuka dengan guru tuisyen online mereka, Cikgu Kavitha.
- Aktiviti berkumpulan : Asah kreativiti membina arca menggunakan straw
Program yang bermula pada jam 4.00 petang ini dihadiri oleh seramai 22 orang pelajar Tingkatan 1, 2 & 3 dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: